JellyPages.com

12 December 2013

nila setitik rosak susu sebelanga

Kerana kau yang tersalah buat keputusan aku pulak yang jadi tempias. Kenapa lah kau tak bincang dengan kami dulu? kau tak sayangkan kengkawan kau ke? Aku salah menilai kawan lagi. Diam diam ubi berisi macam ustaz tapi sekali kau buat complain memang rosak imej kau di mata kami. Memang kau kena bash teruk dengan bebudak lain. Yang keciannya aku jadi mangsa tak bertempat. Depe cakap tak mungkin kau buat sorang, mesti ada budak perempuan yang menghasut kau. Haa budak perempuan yang rapat dengan kau cuma lah aku dengan beby jehh! Nampak tak .. Aku yang tak taw ape ape jadi mangsa keadaan. Masa class management tuu aku busy tanya siapa lahh budak yang buat complain. Tetapi aku tak sedar bahawa kau lahh orangnya. Aku taw siapa dalangnya selepas class management. 
Nasib badan betul lah. Seolah-olah kena tikam dari belakang saja. 
Lepas ini memang kena berjaga-jaga lah alamatnya. Just kawan tapi tak rapat. Terlalu rapat nanti terjadi apa-apa mesti kena kaitkan sekali. Kawan oh kawan. Susah nak cari orang yang betul-betul bernama kawan.